Wednesday, April 27, 2011

Detik 3 hari sebelum malam 30 April 2011

Rabu Khamis Jumaat...

Hari berlalu hari demi hari...
Begitu lambat rasanya masa...
Tapi itu yang aku perlukan sekarang...

Kerja masih ada yang perlu buat..

Memang tepat pilihanku untuk cuti mulai Isnin...
Kini rumah dalam proses mengemas dan cat...
Aku pula sibuk melengkapkan barang-barang perkahwinan...
Ada yang masih perlu disemak...

Malam ini rasanya ingin bercerita...
Tinggal 3 hari untuk aku melangkah ke alam baru..
Alam baru seorang wanita yang bakal bergelar isteri..

Tadi ada kawan tanya dan ready ke nak jadik isteri?
Aku tak tahu nak jawab apa..
Dalam hati mentally and physically kene ready...
Aku jawab dalam 60-70% la...
Sebab aku rasa proses perkahwinan merupakan proses belajar untuk memberi...
Teringat kata-kata ustaz Hasrizal...
Perkahwinan itu adalah medan untuk memberi...
Moga perjalanan ku ke alam baru diberkati Allah selalu...

p/: tadi baca guestbook..rasa cute dengan salah satu ucapan..=)

Guestbook

Friday, April 22, 2011

Detik 8 hari sebelum 30 April 2011

Salam wbt

Sekarang jam 12.30am..
Tadi aku dah tertido 2 jam..sebab tu masih berjaga...

Menghitung hari..
8 hari bakal menjelma..
Banyak lagi persiapan yang perlu dibuat...
Dan insya Allah akan bercuti mula Isnin ni...

Sekarang apa yang digusarkan adalah mata aku..
Ada stye at my eyes now..
Doktor kata stye ni macam jerawat mata..
Adus2.. camne nak bagi surut ni..
Doktor adalah bagi eyedrop and ubat sapu..
Harap2lah dalam seminggu ni surut..
ya Allah surutkanlah 'jerawat' mata ni...

Detik-detik ini banyak membuatkan aku terfikir mengenai masa depan...
Bagaimanakah cara hidupku nanti?
Bagaimana ingin aku corakkan kehidupan kami suami isteri...
Kalau dulu fikir tentang hal seorang, kini perlu pikir tentang banyak pihak...

Teringat dulu aku pernah menulis,
Perkahwinan itu adalah tanggungjawab..
Amanah daripada Allah..
Bukan hanya perkara suka-suka..
Dan perkahwinan itu akan bermula dengan niat..
Niat yang suci insya Allah akan menjadikan rumahtangga syurga..
Dan itulah sebaik-baiknya..

Amanah daripada Allah
Dalam meramaikan umat Nabi Muhammad saw
Amanah daripada Allah
Dalam mencorakkan kehidupan insan baru nanti..
ya Allah mudahkan dan lindungilah keluargaku selalu..

Moga ini yang terbaik buat diriku...

Perasaan?
Berdebar,risau tapi yang penting syukur...
Syukur dan doa berterusan agar semuanya berjalan dengan lancar...

Jaga niat kami ya Allah...
Allah lindungi kami!