Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Detik 8 hari sebelum 30 April 2011

Salam wbt

Sekarang jam 12.30am..
Tadi aku dah tertido 2 jam..sebab tu masih berjaga...

Menghitung hari..
8 hari bakal menjelma..
Banyak lagi persiapan yang perlu dibuat...
Dan insya Allah akan bercuti mula Isnin ni...

Sekarang apa yang digusarkan adalah mata aku..
Ada stye at my eyes now..
Doktor kata stye ni macam jerawat mata..
Adus2.. camne nak bagi surut ni..
Doktor adalah bagi eyedrop and ubat sapu..
Harap2lah dalam seminggu ni surut..
ya Allah surutkanlah 'jerawat' mata ni...

Detik-detik ini banyak membuatkan aku terfikir mengenai masa depan...
Bagaimanakah cara hidupku nanti?
Bagaimana ingin aku corakkan kehidupan kami suami isteri...
Kalau dulu fikir tentang hal seorang, kini perlu pikir tentang banyak pihak...

Teringat dulu aku pernah menulis,
Perkahwinan itu adalah tanggungjawab..
Amanah daripada Allah..
Bukan hanya perkara suka-suka..
Dan perkahwinan itu akan bermula dengan niat..
Niat yang suci insya Allah akan menjadikan rumahtangga syurga..
Dan itulah sebaik-baiknya..

Amanah daripada Allah
Dalam meramaikan umat Nabi Muhammad saw
Amanah daripada Allah
Dalam mencorakkan kehidupan insan baru nanti..
ya Allah mudahkan dan lindungilah keluargaku selalu..

Moga ini yang terbaik buat diriku...

Perasaan?
Berdebar,risau tapi yang penting syukur...
Syukur dan doa berterusan agar semuanya berjalan dengan lancar...

Jaga niat kami ya Allah...
Allah lindungi kami!

Saturday, March 12, 2011

Bulan penuh...

Salam

Lama rasanya tak menulis dalam blog ni..
Maaflah ye..sebabnya bulam Mac ni penuh dengan aktiviti..kelas full sebulan..
Kami di Bengkel Telekomunikasi belajar ikut modul..
Jadinya Isnin lepas baru start kelas untuk mengajar..
Penat gak rupanya belajar ikut modul..
Bayangkanlah setiap masa kita je yang masuk kelas..
dari kol 10-5pm...
So paginya aku mengajar, petang buat tugasan..
Itu baru minggu pertama, aku cover topik teori..
Minggu kedua pulak minggu amali...
Hope semua baik-baik ja...

Mac juga adalah waktu yang sangat klimaks untuk persiapan segala..
Persiapan apa?
Nanti dalam masa beberapa hari aku akan announce apa dia..

Apa-apapun terima kasih banyak-banyak buat mak ayah kakak dan famili yang banyak tolong dalam buat persiapan..
Insya Allah minggu depan or 2 minggu lagi Yana balik Bangi lagi..


Now mata pulak tengah ketumbit..
So now I'm specky..hehehe..

k take care...

Tuesday, February 22, 2011

Perjalanan hidup

Semalam aku cuba kaitkan diri dengan perjalanan masa dan hidupku...

Pernahkah kau sangka, ketika kau sedang kecewa, sedih dan berputus asa dan mengadu sungguh-sungguh pada Allah SWT, sebenarnya Allah Maha Mendengar akan doamu...

Dan ketika diri ingin sekali mahu meyucikan hati dan memperbaiki diri..
Allah benar-benar bersamamu..

Ketika tiada siapa untuk menyatakan perasaan..
Allah sentiasa ada dan akan sentiasa mendengar segalanya...

Di kala, kau menginginkan seseorang hadir dalam hidupmu untuk memimpin diri ini..
Sebenarnya Allah juga sedang menyiapkan si dia untuk kau dalam keadaan yang juga dalam proses pembaikan diri...

Mungkin soalan bila mahu aku jumpa si dia?
Kenapa masih belum ketemu?
Masih dalam persoalan...

Percaya atau tidak
Sebenarnya, ada sebab Allah tangguh seketika segala pertemuan tersebut..
Agar diri ketika ditemukan betul-betul sudah bersedia...
Bersedia dengan ilmu dan matang dari segi tanggungjawab...

Dan pada ketika sudah bersedia...(hanya Allah Maha Mengetahui)
Subhanallah..
Pantasnya semua berlaku..
Dan mulalah persoalan..
Benarkah dia untuk aku?

Allah itu Maha Kuasa..
Kun fayakun!
Jadilah, jadilah semua!

Mudahkan semua ya Allah!

Sunday, January 30, 2011

Satu permulaan baru

Bismillahirahmanirahim...
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Ku mulakan blog ini pada hari Ahad, 30 Januari 2011...
Moga blog baru ini bakal mengisi ruang untukku berkongsi sesuatu yang dapat memberi manfaat buat semua..

Kenapa blog ini di panggil Bangi to Bertam?
Kerana inilah kehidupanku kini...

Moga Allah mudahkan semua urusanku...