Tuesday, February 22, 2011

Perjalanan hidup

Semalam aku cuba kaitkan diri dengan perjalanan masa dan hidupku...

Pernahkah kau sangka, ketika kau sedang kecewa, sedih dan berputus asa dan mengadu sungguh-sungguh pada Allah SWT, sebenarnya Allah Maha Mendengar akan doamu...

Dan ketika diri ingin sekali mahu meyucikan hati dan memperbaiki diri..
Allah benar-benar bersamamu..

Ketika tiada siapa untuk menyatakan perasaan..
Allah sentiasa ada dan akan sentiasa mendengar segalanya...

Di kala, kau menginginkan seseorang hadir dalam hidupmu untuk memimpin diri ini..
Sebenarnya Allah juga sedang menyiapkan si dia untuk kau dalam keadaan yang juga dalam proses pembaikan diri...

Mungkin soalan bila mahu aku jumpa si dia?
Kenapa masih belum ketemu?
Masih dalam persoalan...

Percaya atau tidak
Sebenarnya, ada sebab Allah tangguh seketika segala pertemuan tersebut..
Agar diri ketika ditemukan betul-betul sudah bersedia...
Bersedia dengan ilmu dan matang dari segi tanggungjawab...

Dan pada ketika sudah bersedia...(hanya Allah Maha Mengetahui)
Subhanallah..
Pantasnya semua berlaku..
Dan mulalah persoalan..
Benarkah dia untuk aku?

Allah itu Maha Kuasa..
Kun fayakun!
Jadilah, jadilah semua!

Mudahkan semua ya Allah!

No comments:

Post a Comment